Ulasan dan pendapat March 8, The Day Malaysia Woke Up

Sungguhpun buku ini telah menerima pujian pada umumnya, para pengkritik mendebatkan bahawa ia tidak memberikan gambaran yang seimbang terhadap pandangan rakyat, khususnya mereka yang percaya bahawa apa yang berlaku pada 8 Mac bukannya sesuatu kejadian yang memanfaatkan negara.[1] Sebagai pertahanan, Kee berkata: "Semasa saya menyusun buku ini, saya berhubung dengan banyak orang. Akan tetapi tiadanya seorang pun yang berkata bahawa 8 Mac adalah tidak baik kepada negara. Jika adanya orang yang berkata sedemikian, saya pasti akan memasukkan ulasan mereka walaupun pandangan mereka tidak sepadan dengan tesis utama buku ini." [1] Nada prakata serta kelima-lima rencana yang ditulis oleh Kee sendiri jelas menyokong pendiriannya bahawa buku ini tidak menyokong mana-mana parti politik.[perlu rujukan] Sebagai wartawan selama melebihi 30 tahun, Kee mendakwa bahawa beliau tidak mempercayai penapisan atau pemutarbalikan berita supaya menyebelahi sesuatu pihak, lalu menyatakan bahawa tujuan buku ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini telah menyedari maksud dan amalan demokrasi sebenar.